Posts

Showing posts from September, 2021

SUARA ANAK PENAN

Image
                                       TAJUK: SUARA ANAK PENAN                   "SAYA MAHU BERSEKOLAH, NAMUN SAYA TIDAK ADA IC" Penulis: Anthony Tudak             Tarikh: 23 September 2021 Di abad ke 21 ini, manusia berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan dan maju dalam pelbagai bidang. Semua orang ingin melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk keluarga masing-masing. Saban hari kita dibanggakan dengan pelbagai kejayaan anak-anak bangsa, kita melihat tangisan terharu ibu bapa apabila anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun memperolehi pekerjaan yang lebih baik.      Namun, janganlah kita lupa untuk melihat kebelakang, sebab ada segelintir dari masyarakat kita masih tertinggal, bahkan belum memulakan langkah pertama, untuk bersedia melangka...