
PERAYAAN PASKA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT ORANG ULU. Bermula 14 April 2017 sehingga 16 April 2017 ,umat Katolik diseluruh dunia merayakan Minggu kudus yang menandakan peringatan akan kesengsaraan,kematian dan kebangkitan Kristus dengan jaya, sebagai penyelamat umat manusia dari kegelapan dosa.Tidak terkecuali Masyarakat Orang Ulu di kawasan Baram dan Tinjar,yang beragama Kristian Katolik turut merayakan peristiwa yang bersejarah serta penuh makna ini. Acara besar-besaran diadakan di tiga tempat, iaitu Long Pillah dipilih menjadi penganjur perayaan bagi kawasan Baram Tengah, Long Semiang Baram Ulu dan Long Sobeng untuk kawasan Tinjar. Perayaan Paska ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Bagi aktiviti keagamaan, dimulai dengan khamis putih , iaitu upacara memperingati Tuhan Yesus menyucikan kaki 12 Orang murid-Nya dan memperingati Perjamuan terakhir Tuhan, serta penangkapan Tuhan Yesus di K...