PERAYAAN PASKA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT ORANG ULU.
Perayaan Paska ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Bagi aktiviti keagamaan, dimulai dengan khamis putih , iaitu upacara memperingati Tuhan Yesus menyucikan kaki 12 Orang murid-Nya dan memperingati Perjamuan terakhir Tuhan, serta penangkapan Tuhan Yesus di Kebun Getsemani .Perjamuan terakhir ini adalah asal permulaan Perjamuan Misa Kudus. Manakala,pada hari jumaat pula, Umat merayakan Jumaat Agung iaitu memperingati penyeksaan dan kematian Tuhan Yesus di atas kayu Salib.Upacara pada hari itu disertai dengan Jalan Salib dan penghormatan Salib yang diadakan semasa Servis Jumaat Agung. Pada hari sabtu pula , Diadakan upacara servis Sabtu suci dan pada waktu malam ,disertai dengan pemberkatan Api Baru dan penyalaan lilin Paska yang melambangkan Yesus Terang Dunia.
YESUS SUDAH BANGKIT DAN MENANG..ALLELUIA..ALLELUIA.
Comments
Post a Comment