PEMBALAKAN !
KESAN JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG KEPADA GENERASI PENAN NYIVUNG TINJAR.
Hari : Khamis
Tarikh : 6 April 2017
Pemulis :Anthony Tudak Lejau
Sejak beberapa tahun dahulu,kegiatan pembalakan menjadi satu industri yang pesat dan berkembang di kawasan Ulu Sungai Tinjar.Banyak Syarikat-Syarikat pembalakan besar yang terlibat pada masa itu.Oleh hal yang demikian,banyak peluang pekerjaan ditawarkan kepada generasi-generasi muda pada masa itu.
Bukan itu sahaja,kegiatan pembalakan ini turut menyumbang kepada pembinaan jalan-jalan balak yang menghubungkan kampung - kampung dengan kawasan pekan dan bandar.Perkara ini,sedikit sebanyak dapat mengurangkan jarak perjalanan dari satu tempat ke sesuatu tempat yang lain.
Namun,disebalik peluang pekerjaan yang ditawarkan serta jalan perhubungan yang dibina ,bayak penderitaan yang dialami oleh penduduk setempat ,kesan dari aktiviti pembalakan ini,
1.KEMUSNAHAN HUTAN
Banyak hutan-hutan dara di kawasan ulu Sungai Nyivung yang dimusnahkan.Disamping itu kayu kayan yang bernilai tinggi ditebang oleh syarikat-syarikat pembalakan.Hal ini,turut menjejaskan kawasan hutan simpan kampung dan kawasan "Temudak" penduduk setempat.
2.KEMUSNAHAN SISTEM TADAHAN HUJAN

Kemusnahan sistem tadahan hujan mengakibatkan struktur tanah tidak stabil dan mengakibatkan banjir .Disamping itu,kesan pembalakan juga, mengakibatkan pencemaran sungai dan kesukaran penduduk kampung untuk mendapatkan sumbar makanan harian mereka.Hal ini disebabkan kehidupan mereka yang bergantung sepenuhnya kepada sumber semulajadi,seperti sumber hutan dan sungai.
3.AIR KERUH
Penduduk kampung, yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air sungai,mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih.Hal ini disebabkan ,air sungai menjadi keruh kesan dari kemusnahan hutan dan kerosakan struktur tanah.
4.SUKAR MENCARI SUMBER IKAN
Pencemaran sungai disebabkan pembalakan ini juga menyebabkan penduduk sukar untuk mencari sumber rezeki di sungai.Hal ini disebabkan air yang keruh dan kotor menyukarkan penduduk mendapatkan sumber makanan ,yang berasakan sungai untuk keperluan keluarga masing-masing. Bukan itu sahaja,perbuatan sesetengah pekerja balak yang menggunakan racun dan elektrik untuk menangkap ikan juga,turut merumitkan keadaan.Perbuatan yang melanggar undang-undang ini menyebabkan kepupusan spesis ikan- ikan sungai .
4.KEROSAKAN EKOSISTEM
Kerosakan Ekosistem akibat pembalakan ini,menyebabkan banyak tumbuhan musnah dan haiwan pupus.Hal ini disebabkan oleh kitaran semulajadi yang tidak teratur dan konsisten.
Oleh yang demikian,penduduk yang bergantung kepada hasil hutan dan hasil buruan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka ,menjadi semakin sukar untuk memperolehi bekalan makanan seharian.
Disamping itu,banyak tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan liar seperti durian hutan,rambutan hutan dan tumbuhan lain yang musnah akibat pembalakan.
Haiwan-haiwan seperti badak sumbu,burung kenyalang dan harimau dahan juga turut mengalami kepupusan dan sukar dijumpai di kawasan hutan Penan Nyivung pada masa kini.
Konklusinya,sekiranya penebangan hutan tidak dikawal dengan baik dan telus , kaum minoriti yang mendiami kawasan hutan -hutan di Negeri Sarawak amnya dan di Sungai Nyivung khusunya akan mengalami musibah terbesar iaitu kekurangan bekalan makanan dan kehilangan khazanah hutan yang amat berharga untuk tatapan generasi akan datang.
Puji Tuhan.
Comments
Post a Comment