KAMI PENAN TINJAR ULU PERLUKAN SEKOLAH & KEMUDAHAN ASAS UTAMA.

PENAN TINJAR ULU PERLUKAN SEKOLAH & KEMUDAHAN ASAS UTAMA.

Kepada Kerajaan yg prihatin...dari rakyat yang kecil..

Tanpa pendidikan bangsa ini akan terus ketinggalan di belakang. Semoga pihak kerajaan mempertimbangkan pembinaan sekolah dan insfrastruktur asas lain seperti klinik, jalan raya dan juga jalur internet untuk bangsa ini.  Saya juga berharap pihak wakil rakyat dan agensi kerajaan dan NGO mengusahakan sesuatu untuk merancakkan ekomomi penduduk di sini, seperti pejabat pertanian membuat kajian tentang jenis tanaman yang dapat diusahakan penduduk, agar mereka dapat  menaikkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.  Saya sedih melihat kaum saya ketinggalan di belakang. Semoga YB Ahli Parlimen Baram dan YB ADUN Telang Usan Dennis Ngau  melakukan yang terbaik untuk membantu bangsa ini: penulisan Anthony Tudak

  









LONG LIAW, Baram: Kerajaan Sarawak digesa terus membantu masyarakat Penan di Ulu Tinjar dalam semua aspek agar mereka tidak lagi ketinggalan dalam arus pembangunan.

Ketua Kampung Long Liaw Bintang Sakai berkata, mereka memerlukan sokongan dan bimbingan daripada kerajaan dan bersedia menerima perubahan demi masa depan yang lebih cerah.

Sehubungan itu, Bintang berkata, beliau dan ketua kampung dari Long Liaw, Long Buken, Long Kerong dan Long Sengong mencadangkan pembinaan sebuah sekolah rendah berasrama di Apau Nyaring bagi menampung keperluan penduduk di sekitarnya.

“Buat masa ini, penduduk kampung terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah di Long Aton. Kami berharap kerajaan dapat mempertimbang cadangan itu bagi menggalakkan lebih ramai anak-anak kami bersekolah,” katanya semasa menerima lawatan Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau di Long Liaw baru-baru ini.

Katanya, untuk ke Long Aton mereka terpaksa menggunakan perahu yang meng-ambil masa kira-kira satu jam lebih melalui sungai yang deras dan berbahaya.

Bintang dalam pada itu mengakui usaha dan perjuangan oleh Dennis dalam membawa pembangunan jauh ke pedalaman seperti di Long Liaw.

“Seperti hari ini, walaupun jauh Dennis tetap berusaha keras untuk menghubungi kami di Long Liaw,” kata-nya.

Long Liaw terletak enam jam dari bandar raya Miri dengan kenderaan pacuan empat roda, bot kecil dan berjalan kaki.

Sementara itu, Dennis berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada Kementerian Pelajaran untuk dipertimbangkan.

“Saya tahu keperitan yang dihadapi oleh ibu bapa Penan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Namun saya berharap ini tidak mematahkan semangat dalam memberikan pendidikan kerana itu sahaja cara untuk memajukan mereka.

“Tanpa sumber pendapatan yang tetap, hidup sangat sukar, saya juga mengalami pengalaman hidup yang sukar, tetapi terima kasih kepada pendidikan yang disediakan oleh kerajaan, kita telah bergerak ke hadapan dalam kehidupan,” kata Dennis sambil menambah beliau akan terus melakukan yang terbaik sebagai wakil rakyat untuk memastikan Penan tidak lagi ketinggalan.

Dennis turut berjanji mempertimbang cadangan menaik taraf jalan balak untuk menghubungkan beberapa rumah panjang berhampiran.

Beliau turut meluluskan pembinaan jaan kampung di Long Liaw di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2019.

Hadir sama Kaunselor Jarau Braim, ketua-ketua kampung dari Apau Nyaring, Long Kerong dan kampung berhampiran.



Comments

Popular posts from this blog