Posts

SUARA ANAK PENAN

Image
                                       TAJUK: SUARA ANAK PENAN                   "SAYA MAHU BERSEKOLAH, NAMUN SAYA TIDAK ADA IC" Penulis: Anthony Tudak             Tarikh: 23 September 2021 Di abad ke 21 ini, manusia berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan dan maju dalam pelbagai bidang. Semua orang ingin melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk keluarga masing-masing. Saban hari kita dibanggakan dengan pelbagai kejayaan anak-anak bangsa, kita melihat tangisan terharu ibu bapa apabila anak-anak mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun memperolehi pekerjaan yang lebih baik.      Namun, janganlah kita lupa untuk melihat kebelakang, sebab ada segelintir dari masyarakat kita masih tertinggal, bahkan belum memulakan langkah pertama, untuk bersedia melangka...

KAMI PENAN TINJAR ULU PERLUKAN SEKOLAH & KEMUDAHAN ASAS UTAMA.

Image
PENAN TINJAR ULU PERLUKAN SEKOLAH & KEMUDAHAN ASAS UTAMA. Kepada Kerajaan yg prihatin...dari rakyat yang kecil.. Tanpa pendidikan bangsa ini akan terus ketinggalan di belakang. Semoga pihak kerajaan mempertimbangkan pembinaan sekolah dan insfrastruktur asas lain seperti klinik, jalan raya dan juga jalur internet untuk bangsa ini.  Saya juga berharap pihak wakil rakyat dan agensi kerajaan dan NGO mengusahakan sesuatu untuk merancakkan ekomomi penduduk di sini, seperti pejabat pertanian membuat kajian tentang jenis tanaman yang dapat diusahakan penduduk, agar mereka dapat  menaikkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.  Saya sedih melihat kaum saya ketinggalan di belakang. Semoga YB Ahli Parlimen Baram dan YB ADUN Telang Usan Dennis Ngau  melakukan yang terbaik untuk membantu bangsa ini: penulisan Anthony Tudak     LONG LIAW, Baram: Kerajaan Sarawak digesa terus membantu masyarakat Penan di Ulu Tinjar dalam semua aspek agar mereka tidak lagi ketinggalan ...
Image
Apakah nasib bangsa ini pada masa hadapan?  Dalam tinjauan saya sepanjang berada di kawasan Penan ulu Tinjar  , dari 29 Disember 2017 sehingga 01 Januari 2018 bagaikan tiada apa - apa perubahan di kampung - kampung ini. Saya dapati banyak perkara serius yang perlu dipertimbangkan untuk membantu membangunkan bangsa ini. Saya senaraikan serba sedikit dibawah ini. 1. Anak muda tercicir dari sekolah 2. Belum ada satu sekolah pun di kampung penan Tinjar. 2. Penan tidak memiliki kemudahan klinik. 3. Masalah kad pengenalan diri 4. Jalan perhubungan yang rosak 5. Tiada kemudahan asas     Masa depan mereka tanggungjawab kita. Banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan.. 
Image
    PERAYAAN PASKA MENYATUPADUKAN MASYARAKAT ORANG ULU. Bermula 14 April 2017 sehingga 16 April 2017 ,umat Katolik diseluruh dunia merayakan Minggu kudus yang menandakan peringatan akan kesengsaraan,kematian dan kebangkitan Kristus dengan jaya, sebagai penyelamat umat manusia dari kegelapan dosa.Tidak terkecuali Masyarakat Orang Ulu di kawasan Baram dan Tinjar,yang beragama Kristian Katolik turut merayakan peristiwa yang bersejarah serta penuh makna ini. Acara besar-besaran diadakan di tiga tempat, iaitu Long Pillah dipilih menjadi penganjur perayaan bagi kawasan Baram Tengah, Long Semiang Baram Ulu dan Long Sobeng untuk kawasan Tinjar. Perayaan Paska ini diwarnai  dengan pelbagai aktiviti keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan. Bagi aktiviti keagamaan, dimulai dengan khamis putih , iaitu upacara memperingati Tuhan Yesus menyucikan kaki 12 Orang murid-Nya dan memperingati Perjamuan terakhir Tuhan, serta penangkapan Tuhan Yesus di K...