TANGISAN ANAK PENAN NYIVUNG !
TARIKH : 2 APRIL 2017
HARI : AHAD
PENULIS : ANTHONY TUDAK LEJAU
Penan Nyivung/Nibong merupakan sebahagian dari kaum Penan yang mendiami kepulauan Borneo,iaitu Negeri Sarawak. Mereka mendiami kawasan ulu sungai Tinjar,iaitu Apau Nyaring.Long Liaw,Long Buken,Long Kerong Payau dan Long Lobang/sengung. Mereka hidup memungut hasil hutan dan bercucuk tanam untuk menyara kehidupan seharian.Ubi kayu merupakan tanaman utama masyarakat ini,disamping menanam padi bukit secara kecil kecilan. Penduduk Penan Nyivung kebanyakannya memeluk Agama Kristian Roman Katolik dan Sidang Injil Borneo(S.I.B).
Dari Pemerintahan Raja Brooke, penjajahan British, penaklukan Jepun sehinggalah Penubuhan Negara Malaysia,kehidupan masyarakat disini tidaklah banyak perubahannya.Rata-rata masyarakat disini ,jauh ketinggalan dari pelbagai aspek kehidupan,jika dibandingkan dengan kaum Orang Ulu yang lain seperti Sebob,Kenyah dan Lirong yang berjiran dengan mereka.
Dari segi pendidikan,kebanyakan anak-anak kaum Penan Nyivung tercicir dari alam persekolahan.Hal ini disebabkan Ibu Bapa yang tidak memiliki pendapatan yang tetap ,untuk menyara persekolahan anak-anak mereka.Selain itu,kekurangan maklumat dan panduan mengenai pentingnya pendidikan juga ,antara faktor lain yang menyumbang kepada situasi ini.Perkara ini juga disebabkan ,tidak ada satu pun sekolah yang dibina di kampung-kampung Penan Nyivung ini.Walau bagaimanapun,ada beberapa orang dari anak-anak kaum Penan Nyivung yang berjaya menamatkan persekolahan merekat setakat tingkatan lima. Kebanyakan mereka menganggur dan tidak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Manakala,dari segi sosial,rata-rata kehidupan mereka amatlah daif .Hal ini disebabkan,lokasi mereka yang jauh di pedalaman dan tidak memiliki hubungan dengan dunia luar.Untuk sampai ke kampung-kampung Penan Nyivung,kita perlu menempuh perjalanan melalui jalan balak dan sungai Nyivung yang berbatu dan memiliki jeram yang tinggi.Perjalanan menjadi sangat berbahaya sekiranya paras air sungai Nyivung naik,disebabkan airnya yang deras.
Selain itu,penduduk Penan Nyivung juga tidak memiliki kemudahan bekalan air bersih yang terawat dan tidak memiliki bekalan elektrik. Mereka bergantung kepada air Sungai Nyivung dan pelita minyak tanah. Kehidupan menjadi semakin sukar, jika berlaku kes-kes seperti kemalangan dan kecederaan ataupun ibu yang ingin bersalin.Hal ini disebabkan mereka tidak memiliki kemudahan klinik .Amatlah kasihan melihat mereka menanggung kesakitan .Walaupun perhidmatan Doktor udara disediakan sebulan sekali untuk melawat kampung-kampung ini,namun mereka tetap mengimpikan sebuah Klinik dibina untuk kemudahan mereka.
Malahan,rata-rata penduduk Penan Nyivung tidak memiliki dokumen pengenalan diri
(Kad Pengenalan).Ini merupakan,faktor sampingan yang menyukarkan anak-anak Penan Nyivung melanjutkan persekolahan mereka. Dalam beberapa kes,kebanyakan mereka membelanjakan duit yang banyak, turun ke Pekan Marudi untuk membuat surat beranak atau kad pengenalan.Walaupun beberapa kali Jabatan Pendaftara Negara ,membuat lawatan/Kaunter bergerak ke kawasan Penan Nyivung,namun tidak semua mereka memiliki kad pengenalan diri ,sehinggalah ke hari ini.
Penyebab mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri ,adalah disebabkan kebanyakan mereka dilahirkan di kampung(Bersalin secara tradisional) disebabkan tidak ada kemudahan klinik.Oleh itu,tidak ada maklumat kelahiran yang dicatatkan.
Akhir kata,artikel ini ditulis,bukanlah untuk memohon belas kasihan ataupun menyalahkan mana-mana pihak.Namun , ia bertujuan,agar kita lebih peka terhadap orang-orang disekeliling kita, Di kala kita mengecapi pelbagai kejayaan,keselesaan dan kesenangan,masih banyak saudara kita diluar sana yang masih menderita dan memerlukan perhatian kita.
Puji Tuhan.
keep it up...suara rakyat
ReplyDeleteThank you Father.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesemogah lebih banyak program2 yang bermanfaat dilaksanakan di kawasan tersebut
ReplyDeleteTahniah Tuni@Anthony semoga penulisan blog ini dapat membantu masyarakat di Sg Nyivung Tinjar
ReplyDelete